Monday, January 3, 2011

Alhamdulillah~


Suka duka dalam kehidupan menjadikan diri lebeyh matang dan juga mampu mengimbangi kebaikan mahupun keburukan yang terbentang di hadapan mata, namun sebagai manusia apa yang datang dan pergi dalam kehidupan kita adalah sesuatau yang telah lama terencana dan seribu kesyukuran dipanjatkan diatas segala yang telah Allah kurniakan.

ALHAMDULILLAH...
Dilahirkan dalam keadaan sempurna sifat sebagai seorang manusia yang perlu berjalan di atas muka bumi ini juga dikurniakan akal dan fikiran yang waras untuk mampu membuat keputusan samaada iyeanye perlu atau tidak, baik atau buruk dengan kemampuan otak berfikir secara logik.

ALHAMDULILLAH...
Kerana dikurniakan ibu dan ayah yang telah sabar membesarkan dan terlalu banyak berkorban selama hidup 22 tahun di dunia dan bakal menjangkau 23 tahun tidak berapa lama lagi.Bersusah payah menyekolahkan,memberi didikan yang terbaek dan jika ade kekurangan iyeanya datang dari diri sendiri kerana ibu dan ayah sudah menjalankan tanggungjawab sesempurna mungkin. Tidak mungkin terbalas jasa kalian berdua..Love U so Much (^^,)v

ALHAMDULILLAH...
Punyai seorang adik perempuan  NURUL AZREEN yang sentiasa di sisi menemani sedeyh juga gembiranya detik-detik yang berlalu dalam kehidupan seharian.Menyayanginya seluruh jiwa juga merupakan kurniaan yang tidak terhingga Allah berikan dan jika bisa diberikan pilihan mahu mengadap tuhan dahulu sebelumnya, sesungguhnya tidak kuat hidup tanpanya. AMIN~ Juga miliki 4 hero dalam hidup ini,adik lelaki yang menceriakan hidup dan menyempurnakan perjalan hidup ini.Sayang.. Sayang sume
ALHAMDULILLAH...
Penglihatan masih jelas masih mampu meneropong jauh ke bawah tengok kedai kak yah 4th bukak ke tidak..kenyang perot suke hati..dalam kelas suke duduk di depan, tapi sebab nak kasik tumpuan lebeyh..ecececce,,bukan kerana rabun tidak nampak...hehehe

ALHAMDULILLAH...
Perasaan kasih dan sayang yang tulus lagi suci murni..hahaha, itu kurniaan yang tidak ternilai hargenya..sayangkan family terchinta juga kasihi rakan-rakan di sekeliling meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah yang kadang-kadang mehancur musnahkan hati sendiri..takpe senyum jea.. :) bitter sweetlah katekan.

ALHAMDULILLAH...
Masih mampu tersenyum melihat muka plastik manusia yang berhati plastik..tidak mengapa,sabar itu separuh daripada iman kan..so sedang pupuk nilai sabar sebanyak mungkin semoga tidak hilang pertimbangan menghadapi spesies manusia sebegini.

ALHAMDULILLAH...
Punyai mulut yang membicarakan kebenaran apabila ditanya kesahihannya..mengkhabarkan berita gembira dengan benarnya dan menangisi berita sedeyh dengan hibanya..berkongsi kegembiraan bersama mereka yang menghargainya dan kesedihan bersama mereka yang mahu turut sama merasainya.

ALHAMDULILLAH...
Setakat yang disedari,masih lagi mampu menjadi seorang sahabat yang menjalankan peranan seorang sahabat walaupun sudah sering kali nilai sahabat tue dicemari namun masih mampu untuk pertahankan apa yang terjalin dan mungkin suatu hari jika ape yang dibendung selama ini sudah tidak mampu tertahan iyeanya mungkin akan berakhir dengan kehilangan bukanlah pertelingkahan.

ALHAMDULILLAH...
Menjadi seorang yang mahukan persaingan sihat disekeliling dan bukanlah persaingan yang kurang sihat dari pelbagai aspek yang logik pembaca fikirkan.

ALHAMDULILLAH...
Ibu dan Ayah memberikan nama NURUL WAHIDA yang menjelaskan tentang “cahaya pertama” kerana merupakan anak sulung di dalam keluarga. So,maybe oleh kerana itu mahu sentiasa menjadi yang pertama dan WAHIDA atau WAHID  juga meaning dalam arabnya adalah “satu” yang membawakan persepsi berseorangan..owh sumpah tidak mahu berseorangan..mahu sentiasa menjadi yang pertama dan ramai teman di sisi.

ALHAMDULILLAH...
Punyai Teman sebilik si Amirah Azhar dan si Syaheerah Rosly yang kami sudah berkongsi bilik di Kolej Kediaman Ke-4 selama hampir menjangkau usia 2 tahun.Dahulunya ade si Aina Noreisha sebagai teman sebilik namun jodoh tidak lame apabila beliau keluar kolej dan memilih lokasi laen di Um nieh..hoho banyak kenangan pahit juge indah kami bersama.

ALHAMDULILLAH...
Dikurniakan kesedaran untuk sedikit-sedikit melupakan dunia seni pentas yang selama ini amat digemari,maybe untuk sesuatu yang lebeyh baek...dan maybe juga untuk diri sendiri beristirehat.

ALHAMDULILLAH...
Ade budak junior  di bilik A116 yang selalu pot pet pot pet dan membantu dikala senang mahupun susah si Fatin Furtado,si Ira juga si Ati.Ok ini peberet junior I...teheeee~

ALHAMDULILLAH...
Dilahirkan didalam keluarga muslim..yesss..proud to be Muslim!!!

ALHAMDULILLAH...
Tuhan mengkurniakan Ahmad Syafiq yang boleh juga mampu bertahan menahan mulut nieh yang banyak membebel dan seorang yang cepat marah..haha harapnye mampulah bertahan selama masa adenya..kikiki~

ALHAMDULILLAH...
Mampu berdikari dan tidak hanya mengharapkan duet ibu dan ayah semata-mata..pernah bekerja di pusat membeli belah di Jusco mid valley yang memang kawalan untuk pekerjanya adalah sangat di menyampahkan oleh para pekerja..

ALHAMDULILLAH...
Handphone yang digunakan untuk berSms juga berpumpang sekarang hasil titik peluh berkerja semasa cuti sem dan bersyukur yang amat kerana fully sponser dari duet seniri tidak ditaja ibu ayah+boypwen+pak cik makcik or etc..

ALHAMDULILLAH...
Allah menyedarkan diri ini bahawa masih ada sahabat tulus dan ikhlas di dunia..tanpa was-was juga ragu-ragu sangat terharu dikurniakan Alin Zakaria dan Amalina Azaha.

ALHAMDULILLAH...
Menjadi rakyat Malaysia sebab takot tengok negara yang berperang..so,sangat bersyukur terhadap itu.

ALHAMDULILLAH...
Pandai juga memasak meskipun tidak sehebat Emak di rumah..hahaha..tetapi adik-adik cakap sedap jea..keh2x

ALHAMDULILLAH...
Belog yang ditulis nieh ade saje pengunjung yang sudi mahu membace entri yang ditulis meskipun iyea tidaklah hebat..tetapi ok lah sebab masih dikurniakan idea untuk terus menulis.

ALHAMDULILLAH...
Menjadi seorang perempuan dan bukan lelaki..wanita juga keindahan tuhan yang paling agung di muka bumi ini..


ALHAMDULILLAH...
Ape yang dipakai juga fashion yang digunakan kini tidak dikatakan over juga tertinggal.


ALHAMDULILLAH...
Ade rakan seperti Khairol Idzham, Fadzli Hafizi dan Masdiana Azman..."A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be"  ~Douglas Pagels

ALHAMDULILLAH...
Semasa menaip entri nieyh..masih sihat walafiat..tidak demam meskipun hati sedikit saket.

ALHAMDULILLAH...
Kurang rasa pendengki juga tidak pernah menjadi pencuri.

ALHAMDULILLAH...
Masih bernafas menghirup udara segar ketika ini..Amin~


Meskipun sedari ade yang bakal hilang diantara yang disenaraikan..namun tetap masih bersyukur bila menyedari Allah itu sangat adil serta penyayang dan tidak mungkin iyea mengambil sesuatu tanpa ada hikmah di sebaliknya.. 

7 comments:

  1. waa..alhamdulillah..-))
    waa..kt sdey bc entrie wa kali nie..huhuhu...
    terharu..alhamdulillah..juga dkurniakn shbt macam waa...sayang waa...=))

    ReplyDelete
  2. alamek..malunye awk bce nieh..betol,kite syg awk sngt2x..huhu..time kaseh sebab awk ade untuk saye alin :)

    ReplyDelete
  3. eh2 ada juga terselit nama si Khairol Idzham tu.

    ReplyDelete