Saturday, January 22, 2011

Kau Memang Kejam!!!



Tatkala ini, bibir tidak dapat merasa...hati tidak dapat  tidak untuk memberontak menyatakan keinginan,haruslah memang sungguh terseksa jiwa dan rasa di lidah ini.Menyiksa jiwa melalui terapi mata hati juga dua biji mata yang sedia ada melihat images yang digoogle di laptop yang bewarna merah dan puteh serta terhias indah bersama kelembutan cream yang belom dirasa tetapi sudah dapat dijangka kehalusannya melalui ruang sempit yang besar keinginannya yang bernama saintifikkan al anak ketekakan..kekeke..Tetapi terpaksa juga ketukan deria rasa yang bisa menggegarkan segenap usus-usus di perut melalui kehendak yang melampau disaat desakan ketegaran kewangan yang melanda seluruh warga kampus pada moment ini, di tendang jauh-jauh bagi memberikan kesedaran terhadap si bibir yang mengharapkan sajian yang enak-enak belaka....Hurmmm...Owh Red Velvet ku,giler moroyan ape kah i nie nak makan U??? Kenapa U muncul dalam Hidup I diwaktu yang salah?? argghhhhhh..Tell me why?????

ADUHAIII LAH KAU NIEH....SUNGGUH BUAT JIWA TERSIKSA!!!
òòòòòò

INI

Dapat sepotong pown dah Heaven neyh..gulp!!!
òòòòòò

Ape pasal kau nak tunjuk kau Yummy sangat hah???
KAU MEMANG KEJAM!!!

Thursday, January 20, 2011

Terlalu Rindu Untuk Ini


A friend knows the song in my heart and sings it to me when my memory fails.~Donna Roberts

Terlalu rindu untuk ini...yeah,lama sangat tidak keluar bersuka ria ber-4 kami bersama-sama.Finally we make a decision untuk keluar jugak menengok movie cerita hantu yang dihuru harakan takot sangat tue..haha,okeh sumpah mang takot!!! panggung tue bapaklah sejuk and me with Ayang dah berpeluh-peluh sebab  telompat-lompat takot...hurmm..

Let me give 4 star for “Khurafat” movie sebab ketakotan yang dibawakan memang berjaya membuat orang kena heart attack.Jalan ceritanya pown menarik and endingnya agak sedeyhlah sikit.Terima kaseh untuk my Bff si Bob,Ayang and to Pokli yang sanggup masuk kerja lambat bagi mengisi jadual perjalanan kita di semester terakhir ini.


Yeah.. love it!!
3 of them
4 of us
sweety honey..
Hey you!!!
It Us again
The Other View..
Smileeee and Smileee
Chaaaakkkkk!!!
Threeee is 3
Sakura or Hanami..with us
Kami again


“Kau Bagai Susun Silang Kata Yang Terakhir Untukku”
ok!! Lapar Tiramisu..huhu~

Tuesday, January 18, 2011

20 + 3 = ???


2o + 3 = 23..homaigotttttttttttt...sudah bertambah usia di tanggal 16 januari 2011, Ahad yang lepas. Ok dah tidak boley diputar alam lagi itu nombor 23 è 32..so kekal lah kat situ. Before this ade juge boley tukar-tukar, putar-putar, pusing-pusing..sekarang perlu menerima hakikat kedewasaan yang makin meningkat..Tapi tidak mengapelah “Age is a number and mine is unlisted” teheeee (^^,)V

Arigato Gozaimas kepada mereka yang sudi meluangkan mase mengetuk papan kekunci di laptop serta pc masing-masing nak wish bufday kat i..owh teruja sungguh i pown nak ngadap lappy  mereply “tq, terima kaseh n bla bla bla...”.Tidak juga dilupakan text-text di handphone yang kedapatan..terima kaseh bangat yaaaa....nak gedik2x teruja kan. Padehal di muka buku orang tak ingat pown boley ingat sebab ade jea terpampang di home page “today is....bufday” ahaha..sangatlah kan!!! Tapi sumpah i terharu kepada yang sungguh-sungguh tekun tolong mengingatkan iyea.

For my 23th years old..teruja sungguh got this thing..tq mucuk!!
Got MR.Momo as my bufday presnt..yeayyy!!!
a lil bit scary kan his gigi!! but i loikee
Bufday card From Mr.S Love it!! Handmade,sumpah precious giler..

Makan – makan time.. nak juge si Mary Jane a.k.a si furtado nieh melanje i, even penat berdrama atas pentas sebelumnye..hehe cayalah diva!!!

4 of  Us..teheee  :)
Si Faten, Ira juge Ati..peberet junior nieh..love love love!!
Bufday Gurlz with konco-konconya
Ladies and Gentleman..Let me Introduce..
My Mr.S..ok gedix jap..pueeewww!!

Thursday, January 13, 2011

Please Remind Me!!

“Tolong Ingatkan Aku”  memang tak boleh blah tajuk entri for this time..nak jugelah i berbangga dengan kemenangan si Ana Raffali...Yes “Please Remind Me” memang dah hidup kene saling tolong ingat mengingatkan each other, al maklumlah manusia memang terkenal dengan sifat 3L Lalai,Leka,Lupa...So,pembukaan tirai tahun 2011 yang nice amat.No need nak pertikaikan kemenangan si Ana Raffali di AJL25,ramai sungguh juri tak rasmi kita di Malaysia nie yea..hebatkan.

“Tolong Ingatkan Aku”,bahawasanya diri mahu meniggalkan angka 22 dan menggapai angka 23..Impian menghampiri angka 23?? tak pasti tapi sesuatu yang pasti..tidak seronok menunggu kelewatan duet pinjaman di  tarikh perubahan angka tersebut yang tidak seberapa nilainya di dalam akaun bank Islam,sumpah lepas neyh kau bakal sengsara menanggung beban hutang piutang si PTPTN dan oleh kerana itu,”Tolong Ingatkan Aku” jangan seronok-seronok sangat dengan duet yang tidak seberapa sedap tue.

“Tolong Ingatkan Aku” dah berapa kali repeat  that  word kot..agar “Tak Ku Biarkan Marah Merasuk Minda” mudah melatah dengan kePuakaan mulut-mulut manusia spesies Drama Queen yang lakon layarnya memang superblah!! Haruslah nak dikelaskan minda-minda manusia di dunia yang fana indah fatamorgana neyh dari kelas pertama sehingga ke 3 dan sekarang i nak berikan mereka tambahan minda kelas ke-4..kau memang mintak kene rejam dengan senduk,Huhhhh!!!!

The next “Tolong Ingatkan Aku” kenelah mengisi perut sehari sekali dek kerana kepupusan wang di dalam bank juga pocket yea cik Nurul Wahida...time neyh nak aplikasikan penggunaan slogan “Berjimat Cermat Amalan Kita” cheeewahhhh.. and for the Final “Tolong Ingatkan Aku” esok kelas  pukol 9.00 A.m di DKE yea..so ape lagi,silalah kau Cik mata pergi tido sekarang jika tidak mahu terHanyut meninggalkan petak kosong di ruang sign attendant kelas Ekonomi kapitalisme pagi esok.


"Mari patahkan papan markah lama, mari padamkan buku tiga lima, biar luka sembuh sendiri, biar lupa ditebus hari

Monday, January 3, 2011

Alhamdulillah~


Suka duka dalam kehidupan menjadikan diri lebeyh matang dan juga mampu mengimbangi kebaikan mahupun keburukan yang terbentang di hadapan mata, namun sebagai manusia apa yang datang dan pergi dalam kehidupan kita adalah sesuatau yang telah lama terencana dan seribu kesyukuran dipanjatkan diatas segala yang telah Allah kurniakan.

ALHAMDULILLAH...
Dilahirkan dalam keadaan sempurna sifat sebagai seorang manusia yang perlu berjalan di atas muka bumi ini juga dikurniakan akal dan fikiran yang waras untuk mampu membuat keputusan samaada iyeanye perlu atau tidak, baik atau buruk dengan kemampuan otak berfikir secara logik.

ALHAMDULILLAH...
Kerana dikurniakan ibu dan ayah yang telah sabar membesarkan dan terlalu banyak berkorban selama hidup 22 tahun di dunia dan bakal menjangkau 23 tahun tidak berapa lama lagi.Bersusah payah menyekolahkan,memberi didikan yang terbaek dan jika ade kekurangan iyeanya datang dari diri sendiri kerana ibu dan ayah sudah menjalankan tanggungjawab sesempurna mungkin. Tidak mungkin terbalas jasa kalian berdua..Love U so Much (^^,)v

ALHAMDULILLAH...
Punyai seorang adik perempuan  NURUL AZREEN yang sentiasa di sisi menemani sedeyh juga gembiranya detik-detik yang berlalu dalam kehidupan seharian.Menyayanginya seluruh jiwa juga merupakan kurniaan yang tidak terhingga Allah berikan dan jika bisa diberikan pilihan mahu mengadap tuhan dahulu sebelumnya, sesungguhnya tidak kuat hidup tanpanya. AMIN~ Juga miliki 4 hero dalam hidup ini,adik lelaki yang menceriakan hidup dan menyempurnakan perjalan hidup ini.Sayang.. Sayang sume
ALHAMDULILLAH...
Penglihatan masih jelas masih mampu meneropong jauh ke bawah tengok kedai kak yah 4th bukak ke tidak..kenyang perot suke hati..dalam kelas suke duduk di depan, tapi sebab nak kasik tumpuan lebeyh..ecececce,,bukan kerana rabun tidak nampak...hehehe

ALHAMDULILLAH...
Perasaan kasih dan sayang yang tulus lagi suci murni..hahaha, itu kurniaan yang tidak ternilai hargenya..sayangkan family terchinta juga kasihi rakan-rakan di sekeliling meskipun berdepan dengan pelbagai kerenah yang kadang-kadang mehancur musnahkan hati sendiri..takpe senyum jea.. :) bitter sweetlah katekan.

ALHAMDULILLAH...
Masih mampu tersenyum melihat muka plastik manusia yang berhati plastik..tidak mengapa,sabar itu separuh daripada iman kan..so sedang pupuk nilai sabar sebanyak mungkin semoga tidak hilang pertimbangan menghadapi spesies manusia sebegini.

ALHAMDULILLAH...
Punyai mulut yang membicarakan kebenaran apabila ditanya kesahihannya..mengkhabarkan berita gembira dengan benarnya dan menangisi berita sedeyh dengan hibanya..berkongsi kegembiraan bersama mereka yang menghargainya dan kesedihan bersama mereka yang mahu turut sama merasainya.

ALHAMDULILLAH...
Setakat yang disedari,masih lagi mampu menjadi seorang sahabat yang menjalankan peranan seorang sahabat walaupun sudah sering kali nilai sahabat tue dicemari namun masih mampu untuk pertahankan apa yang terjalin dan mungkin suatu hari jika ape yang dibendung selama ini sudah tidak mampu tertahan iyeanya mungkin akan berakhir dengan kehilangan bukanlah pertelingkahan.

ALHAMDULILLAH...
Menjadi seorang yang mahukan persaingan sihat disekeliling dan bukanlah persaingan yang kurang sihat dari pelbagai aspek yang logik pembaca fikirkan.

ALHAMDULILLAH...
Ibu dan Ayah memberikan nama NURUL WAHIDA yang menjelaskan tentang “cahaya pertama” kerana merupakan anak sulung di dalam keluarga. So,maybe oleh kerana itu mahu sentiasa menjadi yang pertama dan WAHIDA atau WAHID  juga meaning dalam arabnya adalah “satu” yang membawakan persepsi berseorangan..owh sumpah tidak mahu berseorangan..mahu sentiasa menjadi yang pertama dan ramai teman di sisi.

ALHAMDULILLAH...
Punyai Teman sebilik si Amirah Azhar dan si Syaheerah Rosly yang kami sudah berkongsi bilik di Kolej Kediaman Ke-4 selama hampir menjangkau usia 2 tahun.Dahulunya ade si Aina Noreisha sebagai teman sebilik namun jodoh tidak lame apabila beliau keluar kolej dan memilih lokasi laen di Um nieh..hoho banyak kenangan pahit juge indah kami bersama.

ALHAMDULILLAH...
Dikurniakan kesedaran untuk sedikit-sedikit melupakan dunia seni pentas yang selama ini amat digemari,maybe untuk sesuatu yang lebeyh baek...dan maybe juga untuk diri sendiri beristirehat.

ALHAMDULILLAH...
Ade budak junior  di bilik A116 yang selalu pot pet pot pet dan membantu dikala senang mahupun susah si Fatin Furtado,si Ira juga si Ati.Ok ini peberet junior I...teheeee~

ALHAMDULILLAH...
Dilahirkan didalam keluarga muslim..yesss..proud to be Muslim!!!

ALHAMDULILLAH...
Tuhan mengkurniakan Ahmad Syafiq yang boleh juga mampu bertahan menahan mulut nieh yang banyak membebel dan seorang yang cepat marah..haha harapnye mampulah bertahan selama masa adenya..kikiki~

ALHAMDULILLAH...
Mampu berdikari dan tidak hanya mengharapkan duet ibu dan ayah semata-mata..pernah bekerja di pusat membeli belah di Jusco mid valley yang memang kawalan untuk pekerjanya adalah sangat di menyampahkan oleh para pekerja..

ALHAMDULILLAH...
Handphone yang digunakan untuk berSms juga berpumpang sekarang hasil titik peluh berkerja semasa cuti sem dan bersyukur yang amat kerana fully sponser dari duet seniri tidak ditaja ibu ayah+boypwen+pak cik makcik or etc..

ALHAMDULILLAH...
Allah menyedarkan diri ini bahawa masih ada sahabat tulus dan ikhlas di dunia..tanpa was-was juga ragu-ragu sangat terharu dikurniakan Alin Zakaria dan Amalina Azaha.

ALHAMDULILLAH...
Menjadi rakyat Malaysia sebab takot tengok negara yang berperang..so,sangat bersyukur terhadap itu.

ALHAMDULILLAH...
Pandai juga memasak meskipun tidak sehebat Emak di rumah..hahaha..tetapi adik-adik cakap sedap jea..keh2x

ALHAMDULILLAH...
Belog yang ditulis nieh ade saje pengunjung yang sudi mahu membace entri yang ditulis meskipun iyea tidaklah hebat..tetapi ok lah sebab masih dikurniakan idea untuk terus menulis.

ALHAMDULILLAH...
Menjadi seorang perempuan dan bukan lelaki..wanita juga keindahan tuhan yang paling agung di muka bumi ini..


ALHAMDULILLAH...
Ape yang dipakai juga fashion yang digunakan kini tidak dikatakan over juga tertinggal.


ALHAMDULILLAH...
Ade rakan seperti Khairol Idzham, Fadzli Hafizi dan Masdiana Azman..."A friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be"  ~Douglas Pagels

ALHAMDULILLAH...
Semasa menaip entri nieyh..masih sihat walafiat..tidak demam meskipun hati sedikit saket.

ALHAMDULILLAH...
Kurang rasa pendengki juga tidak pernah menjadi pencuri.

ALHAMDULILLAH...
Masih bernafas menghirup udara segar ketika ini..Amin~


Meskipun sedari ade yang bakal hilang diantara yang disenaraikan..namun tetap masih bersyukur bila menyedari Allah itu sangat adil serta penyayang dan tidak mungkin iyea mengambil sesuatu tanpa ada hikmah di sebaliknya..