Thursday, March 31, 2011

Food Hunting Part 2

Bertemu di part 2 Food Hunting..gila ahh kerja asyik nak cari makan jea...hehe.Ingat tak dulu masa part 1 i ada tulis yang hidop sebagai student UM tak sah kalau tak menyantap makanan di Murni SS2.. Ok I dah sah dah..ceh bajet cam kalau tak makan kat situ tak boleh nak grad pulakkan.. Hari tue dah pegi makan dah dekat sana tue, ok lah sedap juge..tapi rugilah,tak habis lagi makanan tue,makanan best..tapi tak habis..haish!!marilah kite tengok gambar-gambar di sana. Kot-kotlah dapat jadi ilham tempat makan kepada sesapa yang belom melangkah ke sana...Zassssss~

Kami penghuni A118 kOLEJ keDiaman Ke-4
cehhh..Bangga sungguh..kakaka
Menggedik sebelom makan..heeee
Roti Hawaii namenye..a.k.a Roti Ayam..
Memang makanan Aku..hehe..
Nasi Goreng Chicken Chop
Nasi Goreng Maryland..SEDAP!!!
Spaghetti Carbonara maybe..ahh lupe name..tapi betol dah kot
Ok..this is I love You and Pink Panther
Membajet ayu seketika sebelom makan..cehhh
Expresi muka yang tersendiri dari Syaheerah Benabad..
Handal kan..haha

Tuesday, March 29, 2011

Hikayat Berkisah

Saturday, March 26, 2011

Angan Tak Sudah

Dahulu zaman kanak-kanak ribena..gemar sungguh berangan nak memiliki kereta idaman..masa tue,proton saga tue hebat sangat dah.Siap main cop-cop lagi dengan adik nak colour apekah.Bila umur dah meningkat dewasa macam sekarang,angan-angan tue tak pernah sudah.Macam-macam jenis kereta idaman yang terbayang dekat depan mata dan sambil tue tak lepas terbayangkan dapat drive kereta idaman sambil pakai sunglasses ala-ala J.Lo gitu,kua dari kete fokus dekat heel yang tinggi nak 3 inch..zoom pulak terus ke handbeg sah-sah nak LV. Fuhhh..tinggi sungguh angan-angan.Nak jadi seorang wanita bekerjaya yang memiliki segalanya,dipandang ternganga oleh mana-mana lelaki,membuat mereka kagum sambil berkata FUYOOOOHH!!!..haha,tinggi 
gila angan-angan..teheee :D

Zaman-zaman umur macam gini, bila dok melepak isi perot bajet nak tempat hot siket ajaklah tukang-tukang teman tegar melepak di mana ramai mereka-mereka yang loaded melepak,bukan mane sangat pon..setakat dekat mamak Pelita and dekat Chawan nun Di Bangsar Village sana. Seronok cuci mata tengok kereta-kereta mewah yang diri sendiri berangan nak pakai suatu ketika nanti mungkin..”Nothing is Impossible” kan kan??.Tak mengapalah orang cakap nak cari sikit inspirasi and dari inspirasi tue munculnya semangat dan usaha,siapalah tahu kot-kot satu hari dapat sebijik 
camnieh...

Mula berangan nak kereta nieh mase tengok Eiffel i'm in Love...
haha berangan dapat bawak kete nieh dengan Samuel Rizal :P
Yang nieh memang love foreverlah..harapnye sangatlah
tercapai jugaklah nak dapat semasa hayat di dunia nieh..duhh!!!
Sebenarnya muncul angan-angan nak kereta nieh..bila terfikir,
nanti dah berfamily nak yang besor sikit..kecik-kecik susahlah..haha
Semangat nak posing,tak dapat betol-betol..amik gambo dulu pown ok,
nanti semangat sikit nak usaha lebih..ngee :D adehh muke time nieh busuk gila!!
Tapi buat masa dan ketika ini..kalau dapat yang nie dulu pown..
Alhamdulillah sangat-sangat dah..ade sape-sape nak tolong belikan tak??

Begitulah kisah angan-angan yang dalam kamus hidup nie yang tak pernah dan tidak akan sudah.Haruslah dalam hidup kita perlu ada angan-angan nak dijadikan matlamat hidup.Hidup kalau tanpa matlamat samalah dengan hilang arah tujuan.Kalau nak matlamat anda tercapai jangan lupa sertakan bersama usaha.Kalau tidak,samalah macam msak kari tak taruk daun kari..hadoi tak cukop rasalah kan sedap pown kurang. Ok mata dan tak larat nak angkat..mari beradu mencari berkat c: 



Malam esok ade dinner 4th college..Semangat nak tengok kawan-kawan melaram gaya arab nieh :P 

Sunday, March 20, 2011

InNocent Soul

YESSSS and FINALLY..Chapter 4 “DONE” !!!! Boleylah orang cakap nak menghela nafas lega sikit dalam masa-masa trauma dan kecemasan nie,tak terasa berat sangat dah even it just only my first draft for that chapter.But ok, my trust for whisper from my soul is strongly enough to say,”Sikit-sikit lama-lama, habis jugalah” Say Cheese Bebeh!!!

And once again FINALLY for this “INNOCENT SOUL one thousand million smiles when @najwamahiaddin replied my tweet today..you make my day shining like 1000 stars..OMGGGG..you got to go, go go go go go go.. c:

Semangat kan nak print screen..haha so wuteverlah!!
Congratulation Sweety for your Innocent Soul-Najwa’s Debut Album, launched on March 17,2011..Actually a lil bit dissapointed did not win Najwa’s showcase passes..haha,maybe not my rezeki..but for Najwa..nice voices,nice person i’ll always support you darl!!



kalau sekali dua kali memanglah terlupa,yang selebihnya tue..memanglah dah jadi habit kau!!!

Friday, March 18, 2011

Happy Birthday Mak !!!


Today is my dear mother’s birthday.Happy birthday to my sweet, wonderful, generous, funny, loving mother ,who also doubles as my best friend & my shooping mate..hehe.A really big TQ Mak for all you did to me..You are super duper best mother in the world.



No matter how far we go, we still looking for the same moon at the sky.

Thursday, March 17, 2011

The Ugly Beauty



Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart.  ~Kahlil 
Gibran

Mamat lutfi tue memang comel maybe sebab mata dia sepet kot..hehe..xmemasal pown nak puji dia tak ada kaitan dengan entry kali nieh juga..Ok ramai yang suka amat buat video camnie kat utube now, well..setiap orang ada cara nak majukan dirikan so,baguslah dari menjadi orang yang terlalu banyak benda yang “TIDAK BOLEH!!” dalam hidup..kau tak rasa kau dah mambazirkan sebahagian hidup kau?? Ok kau mesti cakap NOP!!..dependlah asal kau bahagia.

Nak bercakap pasal cantik nie,I juga mahu mengakui satu baris ayat yang dipetik dari pembacaan status teman di laman sosial facebook ..”Setiap orang di lahirkan sememangnya Cantik,tapi ada sesuatu yang mereka lakukan menjadikan diri mereka kelihatan hodoh” lebih kurang begitulah bunyinye..i dah tolong translatekan..nak memartabatkan Bahasa Melayu yea tuan-tuan..haha,back to that WORD..yes memang i absolutely agree totally fully no space and so whateverlah.

Memang setiap manusia dilahirkan cantik dan setiap orang jugalah yang mampu bentuk kecantikan itu berkekalan hingga ke hari ini. Orang puteh selalu dok cakap “don’t judge a book by it cover” boleh juga kalau nak dikaitkan..malanglah sungguh yang disukai kerana muka yang cantik/kacak sebab akan kecewa dihujung jalan.Tapi korunk juga harus ingat,lagi malang kalau korunk merasa sangat heaven bila ade bf/gf yang kacak/cantik tapi dalaman agak kurang mengenakkan mata hati korunk.. korunk mahu bf/gf  korunk yang kacak/cantik tetapi:

OMG..so CEREWET nak mampos!! cerewet bagus yea,tapi kalau OVER sangat and sampai menyusahkan manusia laen, kau pon kot dah tak nampak cantik/kacak dah gf/bf kau tue,tak heranlah ada sampai yang bercerai berai sebab benda nie.
Euwwww..cantik tapi PENGOTOR!!! korunk nak ke?? tahanlah kalau kau masa zaman bercinta tak berapa nak nampak + semua wange,tapi esok-esok bila dah kawen..haha,pandai-pandailah kau nak handle,silap haribulan nak masuk rumah pown kau tak lalu der.


I just bagi yang senang nak faham and buat korunk fikir if yang nie tak boleh nak pegi..yang laen kau mampu kah???.Enoughlah I bagi 2 contoh,penat sebenarnya nak type banyak-banyak..nieh boleh dapat 2 page thesis bab 5 dah nieh..haha, tapi renung-renungkanlah..So, pilihla yang betol-betol.Kita mencari "teman sehati sejiwa bukan 
teman untuk melayan jiwa".



Hidup jangan terlalu nak complicatedkan keadaaan,kelak nanti binasa diri!!!

Wednesday, March 9, 2011

Week 9

Now middle of week 9 di semester terakhir, semua kerja loadingnye maybe 60% lah kot, tolak-tolak, just  5 weeks to go. Nak sampai ke target 18 haribulan April nanti..berat sangat bahu nie terasa,redah sajelah,”Alang-alang menyelok pekasam,biar sampai habis di goreng and makan masuk perot”..blurppp!!! kenyang,haha.Dah habis 2 presentation and next two weeks,one more to go also my final presentation as a degree student in Universiti Malaya,InsyaAllah.Final sem nieh,paper yang diambil agak kesusahan sikitlah dari kebiasaannye.I learn many things  about American Story juge..Ok, I love it!!! banyak input baru yang masuk dalam kepala nie yang boleh dibawa juga diaplikasikan di dalam kehidupan.America actually “they learn from their mistake” but Malaysia??? haha..U better know ur own answer about this right.Every people ade pandangan masing-masing and it depend on setakat mane pemahaman yang diterima dan kecerdikan akal memberikan tafsiran, no one can change ourself if we don’t...tapi janganlah tepu sangat nak terima kenyataan yang terbentang di depan mata.

Tahap kesihatan disaat-saat genting nieh suam-suam kuku kadangkala..Suddenly terfikir kan sesuatu and at the same time, terasa amat bersyukur yang amat juga menjadi rakyat Malaysia nie.Zaman dahulu kala,I memang berangan nak duduk kat overseas..haha seronok ade 4 musim kan...tapi betollah kan,”Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri” ececece..berperibahasa pulakkan,dapat emas memang best tapi hujan batu orang tua-tua cakap bagus..tak tawulah ngape,tapi macam tuelah yang disogokkan dari kecik-kecik dulu. Ada kebenarannya juga,Yeah bagusnya kita melihat sesuatu negara tue..tapi sudah kebiasaan dah memang ape jua ada pro dan kontranyakan.Bersyukur yang amat di negara Malaysia nie tidak timbul isu kesihatan yang ramainya mati sebab tak mampu dapatkan insuran kesihatan seperti yang berlaku di America yang memerlukan insuran bernilai ribuan ringgit demi mendapatkan rawatan doktor and insurannya just valid for the half year pulak tue,kalau tade kau menjeritlah sorang-sorang sampai mati takdenye nak dirawat.Haiyoo,Ok itu polisi mereka..tapi kita yang disini hanya mampu menggeleng-geleng kepala dengarkan isu tue.Rakyat Malaysia sekalian bersyukurlah anda,tetapi janganlah hidup hanya mahu disuap saje,tiada usaha nak majukan diri juga mahu statik kepada apa yang ada. Jangan mudah sangat berpuas hati cubalah mencari yang terbaik kerana yang terbaik itu pasti ada dan jangan takut mahu menerima perubahan.

Ntah ape yang dah I melalot..kalau blur2x lagi dengan apa yang I tulis sila google tentang hal berkenaan,..seronok sebenarnya bila kita belajar sesuatu yang baru.Jangan anggap bidang sejarah hanya belajar benda yang lepas and cakap ”eleh mudah jelah..dekat sekolah dulupun dah belajar” and if anda pernah menyatakan hal sedemikian..silalah betulkan segala pemikiran kaku anda sebab ia sememangnya totally different yea puan-puan,tuan-tuan sekalian c: konklusinya tepuk dada..tanyalah apa yang anda mahukan.Hidup jangan terlalu cepat berpuas hati juga tidak pula perlu selalu merungut memperkecilkan apa yang anda miliki sekarang,yang dibangga-banggakan belom pasti ada jalannya.



Yes,I’m Proud To be Malaysian!!!