Tuesday, November 24, 2009

today and tomorrow


Sunyi,sepi,senyap terbungkam meratapi kebosanan yang menular di setiap pelusuk urat nadi.Aduhai,hari ini semalam dan esok pasti akan sama.Menghadapi hari yang amat memenatkan,penat…penat mencari sesuatu yang tidak perlu,mencari sesuatu yang tidak pasti akan ada.

Suasana di luar,hujan gerimis seakan menjadi penyokong serta pemilik kebuntuan .Puas mengadap muka buku,puas sudah melengkapkan jam kredit tidur,melihat semut bermain gasing,kupu-kupu bergimnastik,kura-kura bermaraton dan anai-anai menggigit besi,owh sungguh teruja mereka.

Sukar dijangka cuaca dikala ini,adakalanya hujan dipetang hari..adakalanya,hujan ditengah hari.Ramalan itu bisa,tetapi ketepatannya belum lagi tentu.Mahu saja hati memberontak tatkala kebuntuan memuncak mengetuk pintu hati,menendang gegendang pendengaran.Ia kemahuan itu sering mendorong..tetapi untuk menjadikan ianya bukan lagi ilusi,tidak segampang aliran pemikiran.

Terkadang dan sering kali aja ianya bertanya dimanakah penyudah kebuntuan yang melanda.Owh disitu,eh tidak disana..erkk,bukn juge..ayuh! mari kita cari ia di segenap sudut.

No comments:

Post a Comment