*bijak juga hebat bila seseorang itu suka menganalisis orang lain
*sukar bila kita sebagai manusia untuk bersikap bebas nilai apabila membuat "moral judgement"
pada seseorang..."sudah lumrah manusia memilih ape yang disuka dan menolak apa yang tidak"
*adilkah seseorang itu apabila kesalahan yang pernah dilakukan terus diperkatakan???
*hebat sangatkah yang suka melihat,senyum sinis dan hanya hebat menulis...anda perfect???
*kadang-kadang tanpa kita sedari apa yang kita fikirkan adalah lain dari yang kita jangkakan..
*memikirkan seseorang itu mungkin memerhati dari jauh,membicarakan tentang yang tidak baik dibelakang kita..tapi penahkah kita terfikir dan kita sedar...perkara itu sentiasa berlegar disekeliling kita..dan kita juga tidak lari dari melakukan perkara yang sama
*mengambil apa yang merupakan hak orang lain memang ianya memusnahkan..tapi tanpa kita sedari tatkala kita merasakan ianya sungguh hebat membelakangi kita,kita juga semakin hebat menyisihkan nilai yang kita sendiri rasa ianya cukup lengkap.
*diam sahaja,lihat sahaja,senyum sahaja...bila berdepan sesuatu yang kita rasakan akan membuat kita sendiri rasa janggal dan tidak mahu difikir tidak baik..tetapi tetap juga menjadi persoalan di hati sang penganalisis dan menjadi bebelan melihat satu-satu perubahan sikap.Lihat,ianya masih tidak mampu untuk dihentikan.
*sesempurna mana kita untuk mahu menjadi seorang insan,baik juga difikir tidak..tidak juga difikir tidak..jadi dimana letaknya nilai itu.Kemana hilangnya irama dan rentak lagu yang selama ini kita bersama dendangkan???
*Pernah juga satu ketika,merenung jauh kehadapan..siapa kamu,aku,saya,dia,kami,dan kita..
sampi kesatu tahap kita tahu kita bukan seperti bidadari atau pari-pari yang memiliki gegelung indah di kepala..kita tahu kita tidak mampu melakukan sesuatu yang indah sentiasa,tetapi kita perlu mengetahui satu perkara bahawa,apa yang kita impikan tidaklah seindah yang kita mahukan.
*imbas kembali dimana kita berpijak ketika ini,jika kita merasakan apa yang dia,teman,mereka,saya,aku kami dan kita lakukan adalah salah..renung kembali apa yang dilakukan ketika ini benarkah ia,lorong itu cerah,gelapkah..tidak bercahaya kah???
*Pernah kah bertanya pada hati,berbicara pada naluri..mengapa nilai yang baik sebelum ini disisihkan semata-mata kerana keburukan itu baru kini terlihat dimata???adilkah begitu??
ia..benar.kita sentiasa mengatakan"aku tidak fikir aku baik dan aku juga tidak sempurna"tetapi sebenarnya,pergerakan membawa seribu pengertian dan membuktikan segala dakwaan.
KIta sama..lihat! cermin itu katakan "iya",jangan tanya dimana,tapi lihat dihati kita~
No comments:
Post a Comment