Friday, August 13, 2010

wHat yoU ,With You~

Jumaat pertama di bulan Ramadhan,hermm..kusangkakan panas hingga ke petang,rupenya ujan seketika di tengahari..alhamdulillah,kurang sikit rase haus di tekak J.Toleh sane sini..tengok jam di hp suda pukol 5 petang..cepat sangat hari berlalu dan rasenya tidak menjadi alasan kepada sesiapa yang perotnye teramat manje mahu berhenti seketika dari mencerna makanan.Plan hari ini,berbuka makanan di DS sajalah..mahu berjimat..bukan kerana sudah kesempitan wang,tapi mungkin ade waktu dan ketika yang lebih memerlukan khidmat pengeluaran wang dijalankan.

Semalam ketidorannya agak lewat,haha..padehal same jek dengan hari-hari yang lain..tibe-tibe terlintas di deria pemikiran tentang sesuatu yang agak sukar dilakukan diri sendiri malahan orang lain juge.Melihat kebahagiaan orang yang dimahukan atau dengan istilah jiwangnya disayangi meniti hari-hari yang terindah,sudah cukup memberi kebahagian kepada diri sendiri.Hermm..ketuk sikit tangan..auwwchhh..saket!!! yup memanglah sebab di ketuk..ade rasenye berdepan dengan situasi orang sebegini,tapi bukan diri senirilah..sebab rasenya tidak setabah itu mahu berdepan dengan keadaan demikian.Kagum melihat mereka yang sebegini,kerana bisa menjinakkan hati menghadapi realiti yang bukan fantasi,berpijak di alam nyata tanpa mahu berdukacita.

Kadangkala dalam meniti erti kehidupan ini,tidak semua yang kita mahukan akan bisa seindah yang kita miliki,.yang bulat xsemestinya datang gedebuk bergolek,,yang pipih tak juge zasssssss~ melayang..minda sering aje bermain dengan persoalan,mengapa,kenapa,perlukah?? Owh dan banyak lagi..kite kadangkala sering aja memandang kesilapan demi kesilapan yang bukan kita lakukan..tapi kadangkala apa yang berlaku pada detik dan ketika ini tanpa disedari,kita lah pelukis yang mencorakkan segalanya.Jangan menyalahkan keadaan..tapi lihatlah cermin hati yang menggambarkan kita sendiri..Lebih jauh kita leka..lebih jauh satu persatu pergi menginggalkan kita..Ya!!! kita merangcang mahukan yang terbaek,mahukan yang lebih indah…tidak salah mengharapkan,tapi siapa kita pada mase hadapan..adalah kita yang bertapak selangkah demi selangkah pada hari ini..mungkin tidak mahu menoleh kebelakang memandang kisah silam..tapi sejarahlah yang memandu segalanya.Mungkin diri sendiri seorang yang banyak bercakap..tetapi masih ada yang tidak mampu dituturkan bila berhadapan dengan situasi yang memerlukan sesuatu pengorbanan biarpon ade kalanya bertentangan dengan prinsip hidup sendiri.


"Do what you can, with what you have,
where you are."


No comments:

Post a Comment