Wednesday, August 18, 2010

8~


Hari ke-8 di bulan Ramadhan..mendung di petang hari..seperti permainan di hati tatkala ini,cube mencari ketenangan di hati..tidak mahu taufan yang melanda hati membinasakan keindahan di sekeliling yang lelah jika mahu di bina semula.Penglihatan mata terleka mengamati ceritera yang terbentang di depan mata..cuba mencari kedamaian yang hilang dan apa yang dilihat ternyata menyentuh jiwa yang merunsing sepi..

Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada gurunya dan ketika itu guru itu sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar:”Cikgu,bagaimana kita nak memilih seorang itu sebagai orang yang terbaik untuk kita sayangi?” ermm..dan bagaimana juga kasih sayang itu berkekalan??

Cikgu:”ok! Kamu ikut ape yang saye suruh.Kamu pergi ke padang dan kamu berjalanlah di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu.Pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang walau sekalipown,dan kamu petik yang paling cantik kemudian bawa kekelas.”

Apabila pelajar tersebut pulang kekelas,tiada sehelai rumput pown di tanganya.Lalu cikgunye pown bertanya.

Cikgu:”Kenapa tiada sehelai rumput pown yang dipilih untuk dibawa pulang??”

Pelajar:”tadi mase saye berjalan,saye carilah rumput yang paling cantik,memang ade banyak yang cantik,tapi cikgu kate petik yang paling cantik,sayepown terus berjalan ke depan sambil memilih yang paling cantik tanpa mahu melihat kebelakang lagi.Tapi sampai ke penghujung padang saye tak jumpe pown yang paling cantik.Mungkin ade diantara dibelakang saye tadi rumput yang paling cantik.Tapi dah cikgu cakap tidak boleh menoleh kebelakang semula..jadi tidak adelah rumput yang dapat saye petik.”

Cikgu:”Ya! Itulah jawapannya.Maknenya..apabila kita sudah berjumpe dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.Kita seharusnya menghargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.Jangan kita sesekali menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku.Semoga yang berlaku tidak berulang lagi,dan ingatlah orang yang paling kita sayang itu adalah yang paling cantik dan terbaik.Walaupun nak di ikotkan banyak lagi yang cantik seperti rumput tadi.

Hurmmmm..hati tersenyum…dan berfikir sejenak..semoga segalanya baik2x saje..selamat berbuke..(^^,)V

mahukan 3 colour sahaje..merah itu sudah pasti~

No comments:

Post a Comment