Sunday, August 5, 2012

Pentas Si Pari-Pari




Sudah 16 hari menempuh alam berpuasa di tahun 2012 and yes it's time to recharge. Baru bekelapangan nak menjengah dan curi masa jenguk pentas si pari-pari,waduh2x kangen bangat gua sama ini pentas..teheee..Puasa semuanya berjalan lancar,kerja tetap kene maintain dan bila ingat raya yang tinggal seminggu setengah jea lagi..terbayang RM banyak melayang..cehhh bukan kedekot tapi realitynya orang di perantauan sekarang dah berkira-kira mana nak topup duit minyak +servis kereta+ tol pulang ke kampung..Tidak mengapalah setahun sekali Syawal datang lagi.

Sumpah rindu amat dengan masakan mak dekat kampung. Nak bersahur dan berbuka sesama tapi until now tidak sempat lagi disebabkan faktor kejauhan dan membajet untuk keriangan berhari raya nanti. Tapi insyaAllah bakal pulang 3 hari sebelom berhari raya..yeayyy boleh makan nasi goreng sahur mak masak..ngeeeee :D

This year no  theme colour for baju raya, ape yang ade i taramkan aje pakai..dengan kenuri kawen sahabat handai bersusun after hari raya memang pakej balik sekaligus meraikan hari kebesaran dan kebahagiaan sahabat-sahabat yang bakal mendirikan masjid.Alhamdulillah..opsss me jangan tanya bila..sebab bayang pown tak nampak lagi..xpelah tumpang seronok untuk kawan-kawan.

Mohon juga big boss bermurah hati memberikan duit raya kepada kami warga swatsa. Orang kerja goverment dah horey2x dah dapat half month gaji..kalu i dapat half month dan melompat sakan dah...banyak tue..tapi harapan menjadi layulah tak penah dibuat company bagi ½ month pown untuk hari raya..bonus bulan 4 next year yea..pandai-pandailah buat kira-kira cik Wahida.

Ok dah habis cerpen di bulan Ramadhan nieh..nak sambung buat kerja yang boleh sedikit sebanyak tambah duit raya..ngegege..Selamat Berbuka Puasa dan selamat Berpuasa sekalian umat islam didunia..nak wish Hari Raya awal lagi pulak..Jangan ponteng puasa..ingat kita boleh tipo orang lain..tapi kita tak boleh tipo Tuhan and diri sendiri.. :)


Angels have no philosophy but love.

Thursday, May 10, 2012

Sahabat Pahit Manis


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Boleh tak nak request macam drama 3 janji SAHABAT,KEKASIH & SUAMI... :)

Double "B"


Bila terlalu lama kita tinggalkan sesuatu makanya memang agak janggal untuk kita mulakan semula. Detik dan ketika ini, itu yang berlaku bila jari dan otak penat lelah bekerjasama membanting tenaga memfikirkan apa mahu dicoretkan di laman yang agak lama juge tidak di siram dan dibaja..

Sebab berukband dah aktif jadi adelah juga masa I nak taip sepatah dua kata sebelum menerjah alam mimpi. Entah malam nieh terasa berat sangat kepala memikirkan pelbagai beban yang sarat berkilo-kilo atas bahu yang tidak seberapa kuat dan kukuh. Kadangkala bibir mengukir senyuman yang diri sendiri tertanya-tanya “Masih mampu tersenyum jugak cik bibir walau kepenatan sudah berada di tahap maksima?”.Tapi tidak mengapa, mungkin ada ketikanya kita ini sudah dilahirkan untuk tidak terlalu mengeluh tentang penat yang terasa, sakit yang menyengat walaupun ada ketikanya kita kelihatannya agak suka mengomel dan bertanya mengapa terjadi begitu dan begini.

Terfikir juga detik dan ketika ini bagaimana caranya mahu menerima hakikat bahawa “Apa yang bisa kita lakukan tidak akan bisa dibalas sama kiraannya dengan apa yang telah diberikan” Ini memang sedang menutup angan-angan dan cuba menerima kenyataan bahawa gambaran yang dipetik dari camera kehidupan adalah benar dan tidak mahu menipu si pemilik yang perlahan-lahan sedang sedar untuk tidak terlalu berharap kerana apa pon yang bernamanya manusia pasti mempunyai 2 jenis spesies “B” yeahhh..mari sorakkan “Baik” dan “Buruk” untuk menyerap aura kesedaran.



Sabar dalam kehidupan, itu senjata kita.


Saturday, March 17, 2012

We Are No 2


Uhuuuu...ok We ARE No 2.

Alhamdulilllah and syukur to Allah..Hope We will smile together sad together happy together and everything together with love :)


Ya Allah maka sempurnakanlah untuk kami nikmatMu, kesejahteraanMu & lindunganMu di dunia  & akhirat

Sunday, January 29, 2012

Hello 24 Good Bye 23

Menanti detik jam menonton Anugerah Juara Lagu sempatlah mengupdate blog sekaligus menjawab persoalan rakan-rakan blogger yang dok tanye bila nak update blog..aiyoo sorry ya ampun..buzy yang amat lately nieh projek pown udah mau start so memang jadual full dengan preparation nak lancarkan perang..chewaaahhhh.

          Dok tengok love streaming karpet biru orang dok tanya sapa menang AJL and seriously tatau nape boleh suke lagu Wanita Seluruh Dunia..ahahahaha..maybe lyric yang puji wanita sangat kot. Ok stop talking abaout AJL..tengok title entry dah tawu umor dah betambah 1 angka lagi..memang tahun 2012 bersamaan 24 tahun umur si Nurul Wahida Mohd Idris nie..di tarikh 16.01.12. so Hello 24 good bye 23...

           Tak banyak resolution just i wish everything go clear and smooth with the right flow..and syukur Alhamdullillah..banyak jugak yang dah dicapai dalam usia 24 tahun ini. Perjalanan hidup yang dimudahkan oleh Maha Pencipta, bersyukur once again dengan Kerjaya kini,yang semuanya untuk pengalaman..memiliki kenderaan sendiri hasil titik peluh sendiri..yeahh itu impian sedari kecil dan di usia ini sudah milikinya..cuma mahu terus berdoa semoga Allah menetapkan jodoh dengan pemilik hati yang benar-benar boleh mengukir nama ini selamanya sebagai bintang hati dihatinya..semoga diusia yang seterusnya jika panjang umur..mahukan kediaman sendiri dan kejayaan dalam setiap langkah yang dilakukan.Aminnnn.. c:

Yeahhh finally...Pavlova in my tummy..
waiting for 24 years..owh GOD
So many TQ Mr.S for really nice present..really love it!!
And also for this innocent turtle..Once again darlink TQ
My Dream..My Love Barney Boo..



Jangan putus asa ketika masalah tak henti menghampiri hidupmu ucapkan, “Dear problems, my God is Bigger than you!”