Thursday, May 10, 2012

Double "B"


Bila terlalu lama kita tinggalkan sesuatu makanya memang agak janggal untuk kita mulakan semula. Detik dan ketika ini, itu yang berlaku bila jari dan otak penat lelah bekerjasama membanting tenaga memfikirkan apa mahu dicoretkan di laman yang agak lama juge tidak di siram dan dibaja..

Sebab berukband dah aktif jadi adelah juga masa I nak taip sepatah dua kata sebelum menerjah alam mimpi. Entah malam nieh terasa berat sangat kepala memikirkan pelbagai beban yang sarat berkilo-kilo atas bahu yang tidak seberapa kuat dan kukuh. Kadangkala bibir mengukir senyuman yang diri sendiri tertanya-tanya “Masih mampu tersenyum jugak cik bibir walau kepenatan sudah berada di tahap maksima?”.Tapi tidak mengapa, mungkin ada ketikanya kita ini sudah dilahirkan untuk tidak terlalu mengeluh tentang penat yang terasa, sakit yang menyengat walaupun ada ketikanya kita kelihatannya agak suka mengomel dan bertanya mengapa terjadi begitu dan begini.

Terfikir juga detik dan ketika ini bagaimana caranya mahu menerima hakikat bahawa “Apa yang bisa kita lakukan tidak akan bisa dibalas sama kiraannya dengan apa yang telah diberikan” Ini memang sedang menutup angan-angan dan cuba menerima kenyataan bahawa gambaran yang dipetik dari camera kehidupan adalah benar dan tidak mahu menipu si pemilik yang perlahan-lahan sedang sedar untuk tidak terlalu berharap kerana apa pon yang bernamanya manusia pasti mempunyai 2 jenis spesies “B” yeahhh..mari sorakkan “Baik” dan “Buruk” untuk menyerap aura kesedaran.



Sabar dalam kehidupan, itu senjata kita.


No comments:

Post a Comment