Thursday, September 19, 2013

Untitled

Lidah - lidah tiada budaya terus bersepah di gelanggang biol. Berselindung di balik tembok - tembok kebodohan pendirian. Mengangkat kebaculan sendiri untuk disaluti keberanian yang diangan - angankan. Tingkatnya? Di buku lali sahaja.

Gelanggang biol, bikin kita semua sewel. -Zahiril Adzim

Entah sejak sebulan yang lalu, i was like macam dah hilang kekuatan yang dahulunya memang tegar nak keluarkan air mata tapi dah almost one month, bila sunyi datang bertakung air mata.Ya mungkin diburu dosa-dosa lalu, mungkin? owh come on lah jangan cakap diri terlalu suci tak pernah buat salah dan kau lihat orang sekeliling kau sahaja yang salah. Hidup kita tak selalunya di atas sometimes kita tergolek juga kebawah cuma caranya aja yang kita tak jangka dan kadangkala pengkhiatan itu yang jadikan kita sengsara. 

Lama betol tak mengarang tulisan berbaur perasaan sedih pedih nie, bukan tak rasa macam tue tapi kali nie i hampir terduduk. Bertanya pada hati perasaan limpa dan jiwa why this thing happen? sumpah i tak suka rasa semua ini, yalah siapa pula suka rasa sakit dipijak-pijak. Tapi positifkan diri, kadangkala ada baik dan bagusnya rasa begini takkan lah hidup nak sentiasa gembira dan ketawa tak nak pulak berduka kan. Asam garam kehidupan macam tulah.

Cuma apa yang terjadi buat mata celik, mungkin Allah buat wake up call nak sedarkan diri yang agak lalai dengan segala permainan dunia. Allah mahu mata nie melihat sekeliling siapa yang boleh dipercaya, apa yang hak dan bukan hak diri sendiri, siapa si peneman kala berduka, siapa yang hanya mengecut tidak berkongsi rasa, siapa yang hanya tahu bertanya kenapa dan mengapa tanpa cuba membantu mencari jalan penamatnya and finally i sedar tak perlu bersandar pada manusia yang lemah seangkatan dengan sama juga diciptanya dari tanah. Allah itu sentiasa ada dan kekuatan itu jika didahulukan Allah yang pertama dari segalanya maka memang kuatlah diri yang lemah.

Yang berlagak jadi superhero padahal dialah pengecut yang lari dari kesalahan, yang selama ini tidak tahu berfikir malahan bertindak mengikut hawa nafsu perasaan, kaulah sebenarnya manusia yang paling bodoh pendirian,otaknya dibuku lali. Dah terbentang depan mata ditunjukkan Allah tak payah bersuluh.

Manusia lemah memang melakukan kesalahan, terlalai sedikit mulalah manusia lain terus angkat kaki mahu dipijak. Yang memijak bukan selamanya tegar untuk tidak dipijak.

Lega bila semua telah dimuntahkan. 
Selamat Malam Dunia.

No comments:

Post a Comment