Terlahir sejak azali dan aku memang aku dan bukan siapa-siapa. Kalau dah memang ini diri aku mengapa aku perlu merangkak meraung cuba mengubah jatinya diri aku. Ini bukan aku angkuh bangga dengan sikap yang ada, jika aku perlu dan baik untuk aku ubahkan, mengapa tidak?? Kalau memang ini rasanya aku YES please take me for who i'm!!!
Aku bukan luar biasa nak minta sempurnanya insan disekeliling aku cuma aku minta cuba fahamkan aku. Ya aku juga tak bisa fahamkan semuanya tapi aku tidak pernah tidak berusaha mahu mencuba faham.
Lahirnya aku memang tidak terlalu LEMAH GEMALAI menjadi perempuan melayu terakhir, tapi aku masih tahu menjadi perempuan. Aku pinta kamu bisa toleransi hal ini. Aku juga tidak pernah lupa bagaimana mahu menangis.
Lahirnya aku tutur kata tidak SELEMBUT SUTERA tapi itu bukan green light kamu juga mahu turut sama meninggi tutur kata dengan aku. Aku perlu kamu yang bisa berlawanan dengan sikap azali aku dan aku juga bukan tidak cuba. Jika aku api tolong jadi air padamkan baran aku, bukan angin yang tiupkan marak api dalam hati.
Ya kalau mahu aku tuliskan, aku terlalu banyak akan luahkan segalanya di diary siber ini. Aku tidak bisa sempurna dan aku tahu aku tak kan pernah memiliki insan sempurna, tidak aku minta sempurna insan. Yang pasti aku akan cuba.
Terkesan Rasa,Terguris Rasa
No comments:
Post a Comment